Friday, 29 November 2013

jaga makan jaga gigi

holla bloggers out there!







tengok gigi sikit.hehhe..kita sembang sembang pasal kesihatan pergigian pulak nak? yuni ni bukanlah dentist, tapi yuni nak korang ambil berat serba sedikit pasal kesihatan gigi ni.okay?

penting sebenarnya untuk para manusia di luar sana untuk menjaga kesihatan pergigian yang baik untuk menikmati setiap makanan yang anda makan. 

kenapa ya diet yang sihat ni penting?


 '' sebabnya, diet seimbang ni adalah PENTING  untuk tumbesaran dan kesihatan anda. Pemakanan yang sihat diperlukan juga untuk kesihatan pergigian yang baik. kandungan gula yang tinggi dalam diet sering dikaitkan dengan obesiti serta komplikasinya seperti DIABETES, MASALAH JANTUNG dan DARAH TINGGI. ia juga ada kaitan dengan penyakit pergigian seperti karies gigi dan penyakit gusi..''

cemane nak pilih snek yang sihat?

snek ialah makanan atau minuman yang diambil di antara waktu makan utama.

pilihlah snek yang kurang mengandungi gula

jauhi minuman berkarbonat untuk menjaga kesihatan pergigian anda


BAHAYA snek pada gigi

setiap kali anda makan atau minum sesuatu yang manis, gigi anda terdedah pada risiko karies


makanan atau minuman yang yang berasid (masam) seperti minuman berkarbonat dan air limau pula boleh menghakis gigi dan menyebabkan gigi menjadi sensitif.


cemane nak kurangkan kesan / bahaya snek pada gigi?


hadkan pengambilan makanan manis semasa waktu makan

gunakan straw apabila minum minuman manis atau berasid untuk kurangkan risiko hakisan gigi.

apa yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan gigi?

amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik

makan secara sihat, pilihlah makanan yang berkhasiat.

elakkan atau kurangkan minuman berkarbonat.

dapatkan pemeriksaan secara berkala sekurang- kurangnya sekali setahun.

gosok gigi dengan cara yang betul


haa..sehari berapa kali korang gosok gigi?pastikan anda ambil berat mengenai kesihatan gigi anda.okay?
*bangun pagi gosok gigi guna ko.do.mo lion* lagu masa tadika dulu

jangan lupa gosok gigi tau. mwah sikit :*