Wednesday 4 December 2013

banjir

assalamualaikum bloggers!

banjir. haah sekarang musim banjir..banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa musim banjir ni.. air dah naik tinggi terutama kawasan pantai timur. alhamdulillah rumah yuni kat kuala terengganu tak naik air.syukur. bagi memastikan anda sentiasa selamat waktu musim banjir ni, yuni sarankan untuk anda mengikut garis panduan ketika banjir.






Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
ni antara gambar gambar sewaktu banjir di pantai timur





apa apa pun, semoga mangsa mangsa banjir selamat daripada terkena sebarang wabak penyakit dan anggap ini satu ujian daripada Allah.. semoga dipermudah segala urusan dan kepada masyarakat di luar sana, sama sama lah kita mendokan keselamatan mereka dan membantu mangsa banjir dengan memberi bantuan sekadar yang mampu. 

thank you readers.mwah sikit :*



sayangi jantungmu

hii bloggers!!

dalam kita meniti kehidupan seharian ni, penting untuk kita jaga organ kita yang satu ni, iaitu JANTUNG. sebab sekarang ni, yuni perhatikan masalah jantung dah semakin meningkat, terutamanya dikalangan warga tua. tapi banyak jugak masalah jantung berlaku kepada remaja, dewasa malah kanak kanak. sedih kan? jom bloggers sekalian, kita share ilmu tentang jantung ni.





Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.


PENYAKIT JANTUNG

Seseorang individu boleh mengidap 2 jenis penyakit jantung iaitu:

Penyakit Jantung Kongenital
Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.

Penyakit Jantung Bukan Kongenital
Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronori.

SERANGAN JANTUNG

Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali. Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

Faktor-faktor risiko serangan jantung : 

• Kurang senaman/tidak aktif
• Merokok
• Pemakanan yang tidak sihat
• Kegemukan
• Diabetes
• Tekanan darah tinggi
• Tekanan Perasaan (stress)


Cegah serangan jantung :

• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 
 20 – 30 minit setiap kali
• Makan secara sihat
• Kekalkan berat badan unggul
• Berhenti merokok
• Belajar menangani tekanan perasaan
• Periksa tekanan darah
• Periksa paras glukosa darah
• Awasi paras kolesterol
• Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala



tanda tanda serangan jantung:

• Sesak nafas
• Sakit dada yang menekan-nekan bermula
 di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya 
 merebak ke lengan kiri dan leher
• Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan 
 pitam atau pengsan
• Berpeluh dingin
• Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
• Pening kepala dan berasa loya

Duhai jantungku, teruskan berdenyut. pleasedontbreakmyheart. ehh

             

thanks for reading.mwah sikit :*

piramid makanan malaysia

Assalamualaikum

harini korang makan apa? ada ikut piramid makanan tak? rasanya korang mesti dah expert tentang piramid makanan ni kan? sekolah rendah dulu cikgu PJK dah ajar,yedok? haa..xpe.kali ni kita refresh balik apa yang cikgu PJK ajar dulu.. kat bawah ni ialah piramid makanan malaysia.








Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek, keladi dan kentang.
Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, roti atau biskut mi penuh.


Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan sebagainya. 
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang merah serta hasil kekacang seperti tauhu dan tempe.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju, yogurt dan dadih. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.


Lemak, minyak dan gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini dapat membekalkan tenaga tetapi hanya sedikit sahaja makanan dari kumpulan ini yang perlu dimakan. 

KUMPULAN MAKANAN DAN CADANGAN HIDANGAN 
ARAS 1
-(4-8 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan nasi, 1 keping roti bijirin penuh, ½ cawan mi, ½ cawan bubur nasi kosong.

ARAS 2
-(3-5 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan sayuran, ½ cawan ubi keledek/ubi kayu/ubi keladi, 1 potong betik/tembikai/nenas, ½ cawan jus buah.

ARAS 3
-(2-3 hidangan) 
-Contoh (1 hidangan):1 ketul paha ayam saiz sederhana, 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, 2 taukwa, 2 biji telur.


-(1-2 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan):1 cawan susu, 1 cawan yogult, 1 keping keju.

ARAS4
-(dalam kuantiti yang sedikit)
- Gula, madu.


Berikut merupakan khasiat makanan yang diperolehi daripada setiap aras dalam piramid makanan.

ARAS 1 : Sumber baik karbohidrat kompleks, membekalkan vitamin, mineral,gentian dan sedikit protein serta rendah kandungan lemak.

ARAS 2 : Sumber baik vitamin, mineral dan gentian.

ARAS 3 : Sumber baik protein, kaya vitamin B, besi, zink, magnesium dan gentian serta sumber penting kalsium.

ARAS 4 :Lemak dan minyak mengandungi asid lemak perlu(ALP) dan vitamin A,D,E,K.Gula membekalkan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan yang lain.


Demikianlah ceritanya mengenai piramid makanan ni..hehe..jadi kawan kawanku yang disayangi, makanlah mengikut piramid makanan okay? supaya kita tak terkurang atau terlebih makan.

happy reading! mwah sikit :*