Wednesday, 4 December 2013

sayangi jantungmu

hii bloggers!!

dalam kita meniti kehidupan seharian ni, penting untuk kita jaga organ kita yang satu ni, iaitu JANTUNG. sebab sekarang ni, yuni perhatikan masalah jantung dah semakin meningkat, terutamanya dikalangan warga tua. tapi banyak jugak masalah jantung berlaku kepada remaja, dewasa malah kanak kanak. sedih kan? jom bloggers sekalian, kita share ilmu tentang jantung ni.





Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.


PENYAKIT JANTUNG

Seseorang individu boleh mengidap 2 jenis penyakit jantung iaitu:

Penyakit Jantung Kongenital
Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.

Penyakit Jantung Bukan Kongenital
Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronori.

SERANGAN JANTUNG

Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali. Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

Faktor-faktor risiko serangan jantung : 

• Kurang senaman/tidak aktif
• Merokok
• Pemakanan yang tidak sihat
• Kegemukan
• Diabetes
• Tekanan darah tinggi
• Tekanan Perasaan (stress)


Cegah serangan jantung :

• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 
 20 – 30 minit setiap kali
• Makan secara sihat
• Kekalkan berat badan unggul
• Berhenti merokok
• Belajar menangani tekanan perasaan
• Periksa tekanan darah
• Periksa paras glukosa darah
• Awasi paras kolesterol
• Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala



tanda tanda serangan jantung:

• Sesak nafas
• Sakit dada yang menekan-nekan bermula
 di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya 
 merebak ke lengan kiri dan leher
• Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan 
 pitam atau pengsan
• Berpeluh dingin
• Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
• Pening kepala dan berasa loya

Duhai jantungku, teruskan berdenyut. pleasedontbreakmyheart. ehh

             

thanks for reading.mwah sikit :*

No comments:

Post a Comment